Sunday 19 May 2013

DEFINISI DAN ETIMOLOGI MELAYU


Definisi Etimologi Melayu

Etimologi: Kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut.
Etimologi Melayu: Kajian asal usul dan sejarah perkataan Melayu dan bangsa Melayu.


Definisi awal istilah “Melayu”.

1. M.Ptolemy menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis.

2. Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa.

3. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

4. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata nama ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang.

5. Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa K'un-lun. bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno.

6. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M, catatan perkataan "Malaya" atau "Melayu" pada bahagian belakangnya.

7. Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sungai yang deras alirannya iaitu Sungai Melayu.

Definisi "Melayu" dari segi etimologi


1. Berasal daripada perkataan Malaya iaitu kependekan "hima alaya". "Alaya" bermaksud tempat manakala "hima alaya" bermaksud tempat bersalji.

2. Perkataan Malayapura yang bermaksud "kota Melayu" atau "kerajaan Melayu.

3. Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud "mengembara" atau "pergi ke mana-mana".

4. Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu.

5. Van der Tuuk, perkataan Melayu bererti "menyeberang" merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.

‘Nama’ Melayu telah wujud selewat-lewatnya sejak abad ke-7. Nama tersebut disebutkan dalam Catatan I-Tsing yang melawat rantau ini pada 674 Masihi. Nama tersebut juga disebutkan dalam sumber-sumber tulisan watan seperti oleh Nagaratargama (1365). Kesemua sumber ini menyatakan ‘Melayu’ ialah nama sebuah tempat di Palembang. Tempat tersebut adalah sebagaimana disebutkan dalam Sejarah Melayu seperti dinyatakan di atas.

            Oleh sebab I-Tsing telah menyebutnya sejak abad ke-7, maka nama ‘Melayu’ telah wujud lebih daripada 800 tahun sebelum munculnya Kesultanan Melayu Melaka (pada abad ke-15). Dalam tempoh lapan ratus tahun itu tentulah telah berlaku berbagai-bagai peristiwa. Para pengkaji sejarah masih tidak dapat menjelaskan apakah hubungan antara ‘nama’ Melayu itu dengan ‘orang Melayu’. Ahli-ahli sejarah merujuk catatan Sejarah Melayu untuk menjelaskan hubungan tersebut. Tetapi seperti telah dinyatakan, berdasarkan sejarah Melayu, walaupun pengasas Kesultanan Melayu Melaka menyatakan mereka datang dari Palembang (Bukit Seguntang) namun sumber tersebut juga menyatakan keturunan golongan berkenaan adalah dari India. Ini merupakan bukti awal yang menunjukkan asal usul ‘nama’ Melayu adalah berbeza daripada asal usul ‘orang’ Melayu.

Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari "Sungai Melayu" di Jambi.

Rujukan:

Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anwar Din (2007). Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi. Penerbit Univertsiti Kebangsaan Malaysia.

Ismail Noor dan Muhammad Azaham (2000). Takkan Melayu Hilang di Dunia. Selangor: Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.

Etimologi Melayu

Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. Bagaimanapun, menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Istilah "Melayu" untuk merujuk nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi seharah iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.

Penggunaan istilah "Melayu" mucul buat pertama kali pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, iaitu Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G.E Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu malayakom atau malaikurram yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.

Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Puraba, sebuah kitab Hindu purba yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud "tanah yang dikelilingi air" dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.

Istilah "Mo-lo-yu" juga dicatatkan dalam buku catatan perjalanan pengembara China pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. para pengkaji bersependapat bahawa perkataan Mo-lo-yu yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

Sumberhttp://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2010/06/07/orang-melayu/

Asal Usul Perkataan Melayu

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1.  Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645    Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
Asal Usul Bangsa Melayu

Menurut Anwar Din (2007), teori asas usul orang Melayu yang agak relevan telah diberikan oleh Stamford Raffles sejak awal abad ke-19 lagi. Walaupun beliau begitu cemburu dengan Islam, namun Raffles mengakui sumbangan islam dalam pembentukan orang Melayu. Menurut beliau:

Teori yang amat jelas tentang asal usul orang Melayu ialah mereka tidak wujud sebagai satu bangsa yang tersendiri sebelum tibanya orang Arab dari Laut Timur. Pada ketika ini mereka telah menjadi bangsa yang berbeza daripada bangsa mereka yang asal. Perubahan yang mereka alami adalah agak sama dengan apa yang berlaku pada masyarakat Chulia daripada keturunan Keling yang berbeza daripada masyarakat Tamil dan Telinga di pantai Coromandel, atau masyrakat Mapillas daripada keturunan Malabar yang berbeza dengan masyarakat Nairs. Kedua-duanya iaitu Chulia dan Mapillas kelihatan sama dengan orang Melayu iaitu satu bangsa yang berbeza daripada keturunan mereka yang asal ekoran daripada berlakunya percampuran darah keturunan dan penggunaan bahasa Arab dan menganuti agama Islam.
Menurut Ismail Noor dan Muhammad Azaham (2000), empayar Melayu asal yang tersurat dalam sejarah ialah Srivijaya yang menguasai Selatan Siam, sebahagian Sumatera dan Jawa selama lebih 700 tahun lamanya, mulai dari abad ke-7 sehingga abad ke-13. Orang Melayu pada masa itu cukup bebas mengembara luas di permukaan laut, mereka cekap dalam ilmu mengemudi kapal layar dan pernah belayar sehingga ke negeri-negeri China dan India dengan menggunakan kapal layar canggih buatan mereka sendiri.

            R.O Winstedt dalam bukunya The Malays, A Cultural History, cuba menjelaskan siapakah yang dikatakan orang Melayu dan dari mana asal mereka. Namun, masih terdapat banyak kelemahan dalam definisinya. Mengikut Winstedt, yang dikatakan Melayu itu terbahagi kepada dua pengertian, pertama orang Melayu adalah orang yang merupakan bumiputera di sekitar Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera manakala dalam erti kata yang lebih luas, orang Melayu adalah penduduk asal Kepulauan Melayu, Farmosa, Filipina dan beberapa puak yang mendiami wilayah Indo-China (R.Winstedt, 1981:4 dalam Ahmad Jelani Halimi, 2008).

  • Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
  • Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
  • Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
  • Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
  • Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
  • Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
  • Keturunannya orang Melayu di Malaysia
  • Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
  • Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
  • Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
  • Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
  • Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
  • Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.


Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).
Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
  • Bahasa Melayu Kuno,
  • Bahasa Melayu Klasik dan
  • Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno
Merupakan keluarga bahasa Nusantara
Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
  • Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
  • Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
  • Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa  kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
  • Pengaruh agama Hindu
  • Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
  • Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
  • Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
  • Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
  • Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
  • Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
  • Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
  • Susunan ayat bersifat Melayu
  • Bunyi b ialah dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
  • bunyi pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
  • Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
  • Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
  • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
  • Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat yang penting:
a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
  • ditulis dalam huruf India
  • mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
  • bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
  • masih memakai abjad India
  • buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
  • ditulis dalam tulisan Jawi
  • membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
  • Zaman kerajaan Melaka
  • Zaman kerajaab Acheh
  • Zaman kerajaan Johor-Riau
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:
  • ayat: panjang,  berulang, berbelit-belit.
  • banyak ayat pasif
  • menggunakan bahasa istana
  • kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
  • banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
  • ayat songsang
  • banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''



Asal Usul Bangsa Melayu

Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal usul bangsa Melayu iaitu:

* Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)
* Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)

Selain itu, ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau berasal dari pengikut Nabi Nuh iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti T.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haju Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikur:

1. Kapak tua yang mirip kepada kapak tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Asam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).

3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

Teori ini merupakan teori yang popular yang diterima umum. Contonya, dalam buku teks Pengajian Malaysia, ada menyatakan bahawa "nenek moyang" orang Melayu itu berasal dari Yunan.

Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.

Orang Negrito

Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 Sm berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang telah diperturunkan orang Semang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh serta saiz badan yang pendek.

Melayu Proto

Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan dengan berlaku pada 2500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto di mana dikenali sebagai Melayu Negosiddek di mana kebanyakan terdapat di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.

Melayu Deutro 

Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1500 SM. Mereka merupakan manusia yang hisup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.

Teori Nusantara 

Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:

1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-10. taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.

2. K. Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu serumoun dengan bahasa Champa. Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan".

3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yang berasal dari Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.

4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia tengah (Bahasa Indo-Eropah).

Sumber: http://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2010/06/07/orang-melayu/


No comments:

Post a Comment